Monday, June 1, 2009

Memancing Haruan

Salam..dah lama juga aku tak memancing haruan ni..perbezaan memancing ikan berkepala ular ni(snakehead) berbanding memancing pacu dan patin semestinya terletak pada kaedah pancingannya.. haruan yang sifat semula jadinya memburu lebih mudah dipikat dengan pengunaan umpan semula jadi seperti katak, cicak dan anak ikan. Pada kali ini katak bersaiz seperti dibawah digunakan untuk memancing haruan ni.

Katak yang dibeli dengan harga RM0.50 seekor. Em.. dah naik rupanya harga katak ni..
Tengok macam lubuk yang berpotensi tapi sayang..kosong disini..

Penggunaan mata haruan bersaiz 3/0 dengan safety pinnya..dah siap disediakan..Swivel bersaiz 7 keatas..tujuannya menjarakkan main line dari mata pancing dan juga menjadi pemberat untuk casting..

Cara Pemasangan umpan katak dengan penggunaan swivel dan mata pancing ditusukkan kedalam badan atau kaki katak supaya tersembunyi. Ini penting untuk memastikan mata pancing tidak tersangkut reba ketika aktiviti casting.
Adik aku dengan haruan. Dapat la seekor haruan penawar duka..selepas sejam penat casting..

Fakta menarik memancing haruan.
1. Lazimnya ikan haruan bermain direba-reba kayu dan semak-semak dipinggir kolam dan kawasan berpaya.
2. Mudah untuk mengenalpastinya dengan bunyi kocakan.
3. Kadang-kadang dilihat bersembunyi dan bermain-main dipermukaan air.
4. Casting beberapa kali ketempat dan lokasi yang dirasakan berpotensi..ulang beberapa kali sekiranya tiada sambutan ubah ketempat lain.
5. Bagi tempat yang telah biasa diasak pemancing, lazimnya haruan disana kurang membaham umpan walaupun lalu didepan mata..

p.s..Klau nak tahu cara pemburuan sebenarnya lihat-lihat lah blog member ni..pakar memancing snakehead..saudara mizlan.. http://darkartcaster.blogspot.com/


Makluman tambahan yang baru diperolehi..

Soalan:
assalamualaikum ustaz..

Untuk pengetahuan ustaz, katak dan anak ikan ini dijual sebagai umpan di kedai. Jadi, apakah hukum menggunakan katak atau anak ikan hidup sebagai umpan untuk memancing ikan?adakah ianya dikira sebagai membunuh haiwan tersebut.

sekian, terima kasih

w.salam

***
Jawapan:
Hukum menjadikan umpan katak untuk memancing adalah harus dengan syarat tidak disakitkan katak tersebut semasa dilekatkan kepada mata kali iaitu dengan cara dikitat dengan benang kepada mata kail.

Ini adalah kerana katak termasuk haiwan muhtaram yg haram dibunuh. Dalam masalah jadikan umpan kita tidak dikira membunuh katak kerana ikan yang memakannya dan sememangnya katak adalah makanan ikan.

Begitu juga anak ikan hendaklah tidak dengan cara menyiksanya dengan disakitkan dahulu sebelum dimakan oleh ikan yang besar.

wallahua'lam

***
Sumber:http://ustazazhar.com/v1/fiqh/hukum-menggunakan-umpan-katak-dan-anak-ikan.html

Selepas mengetahui perkara ni isyaallah teman tidak menggunakan umpan katak ni untuk pancingan. terima kasih kepada rakan-rakan yang memberikan makluman nie. Sangat berguna didalam kelansungan hobi seperti ni..

Aku akan uasahan altenatif lure killer yang acapkali diuar-uarkan di forum-forum memancing..

Blog Diedit semula pada 2/6/09 12.30pm

6 comments:

Cikgu Ibrahim said...

Saya sangat setuju dengan umpan katak untuk memancing ikan haruan khususnya di sungai. Hari ini saya memancing di Besut Terengganu dan mendapat 4 ekor ikan gelama.

Fahiz Hussin said...

Umpan semula jadi..cuma setengah org berasa geli nak menggunakannya..ada juga altenatif lain dipasaran.memang best memancing di Besut tu..tahniah atas tangkapan.

Joran desa said...

Trima kasih ats tips ny

Unknown said...

zzzzz2018.7.25
yeezy shoes
pandora jewelry
moncler jackets
red bottoms
polo ralph lauren outlet
ecco shoes
moncler outlet
prada outlet
golden goose shoes
oakley sunglasses

jeje said...

C'est en fait un petit nike internationalist homme jaune appareil, beaucoup plus petit que votre téléphone portable, et il se branche dans la prise audio de votre téléphone portable ou lecteur MP3. Mélangeant la force du polyuréthane et la flexibilité du polyoxysilane, c'est la formule la plus efficace accessible pour vos besoins de nike homme air force one réparation, d'artisanat et de construction. Il se trouve être un baskets must-have pour les jeunes de l'Amérique pour la vie quotidienne. Si un problème au pied ou très asics femme bordeaux lombaire se produit dans votre vie, vous devez réagir positivement. Pouvez-vous vraiment obtenir une forme incroyable? Je crois, OUI! Il faut du travail acharné, du dévouement, de la persévérance et de la passion pour le faire. Dernièrement, chaussure nike roshe run pas cher l'entreprise de vêtements offre des possibilités illimitées.

sooshet said...

site replica gucci bags take a look at the site here dolabuy replicas Get More Information Ysl replica

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Memancing@Fishing Best Catch

Popular Posts

Disclaimer

All pictures & Articles in this blog are property of Fahiz Hussin (Fishing@Memancing) . Permission are required for the use of any publishing material within this site. Please Email to memancingfishing@gmail.com for further clarification.